Blog Si Bakal Doktor

Monday, January 14, 2013

Pengecualian Kredit UiTM


Saya pernah tulis dalam blog pasal pengecualian kredit. Ada yang bertanya tapi sampai kesudah saya lupa nak buat entry pasal ni. Ini pengecualian kredit subjek untuk UiTM sahaja. Universiti lain, maaf saya tak tahu ada ke tidak.

Pengecualian kredit (PK) subjek ni hanya boleh dimohon jika awak dari diploma UiTM atau kolej bersekutu UiTM sahaja. Kiranya kalau awak dari universiti lain sambung belajar di UiTM, awak memang takkan dapat PK ni. Dan awak kena mulai dengan semester satu. Bagi yang dapat PK ni boleh mula belajar dengan semester dua, tiga atau empat bergantung kepada course yang awak buat. Kat sini awak dah boleh jimat dua atau tiga semester.

Syarat lain untuk permohonan PK ni ialah awak mesti dari fakulti yang sama. Sebagai contoh saya dulu dari Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (CS) dan sambung ke Ijazah Statistik juga dari fakulti CS. Jadinya saya layak dapat PK untuk semua subjek yang saya belajar masa diploma dulu. Masuk ijazah saya start belajar dengan subjek baru. Kira-kira 13 subjek dan lebih 30 total kredit hours saya dapat PK. Banyakkan? Saya dapat jimat dua semester dan mula dengan semester tiga tahun kedua.

Contoh lain : Diploma dulu awak dari fakulti Accountancy (AC) dan nak sambung ke ijazah Hotel Management (HM), awak takkan dapat PK sebab lain course, lain fakulti. Mungkin ade subjek yang dapat PK tapi tak banyak. Dan awak tetap mula dengan semester satu. Faham? Hee. PK ni boleh apply asalkan cukup syarat fakulti.

Tapi yang dari matrik atau STPM takkan dapat PK ye. Sebab awak dikira pelajar baru yang perlu menjalani minggu orientasi. Yang dapat PK dipanggil pelajar penerapan diploma.

Dapat PK untung sebab degree akan jadi cepat dan singkat. Macam kawan-kawan saya ijazah dorang hanya dua tahun termasuk praktikal, tapi saya memakan masa dua tahun setengah termasuk praktikal. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar. Saya akan habis belajar nanti sama dengan kawan saya yang dari matrik.

Kalau nak cepat habis lagi lepas semester tiga diploma, UiTM tawarkan penerapan ke ijazah terus. Maknanya tak habis diploma lagi tapi boleh langkau terus ke ijazah dengan syarat pointer kena 3.0 ke atas. Saya dengan kawan saya yang buat penerapan ni beza dua semester. Esok lusa dorang dah nak habis pun. Saya ke terkongtang kating lagi belajar. Hihi.

Jadi adik-adik yang baru habis SPM tu, jangan risau kalau adik-adik dapat diploma nanti. Diploma pun ok je. Dan jangan sedih kalau dapat diploma UiTM. Belajar kat mane-mane pun sama asalkan usaha itu ada :)

Boleh rujuk SINI untuk survey course yang ada di UiTM.
Dan SINI untuk fakulti saya. Fakulti saya termasuk dengan course matematik.

#Kalau ada yang tak faham boleh je tanya :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

73 125 tapak kaki:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus ni pd yg nak tahu..

sal ya said...

dulu tak ada pulak boleh langkau ke ijazah. kalau tak dah jimat tahun dah.

ieda said...

tkasih atas perkongsian nie dik .. insyaallah rasanya bdk2 skrg dah mudah , nak tahu just search google .. memang banyak membantu ;)

4feet8 said...

ok, terima kasih utk info nih. adik akak sorg buat IB kat puncak Alam.. ;)

Amal Espraza said...

tapi selalunya kalau orang dari kos lain tetibe nak masuk kos lain susah jugak nak transfer jam kredit kan?

contoh diploma in banking tetibe degree nak ambik perguruan bahasa melayu haaa

kiera'sakura said...

alhamdulilah jimat dah kat situ blh skip dua semester kan dik

ummuaidan said...

A'kum aim...kironya denge PK nie aim abih awallah jugok dok..?ok lah tuh abih degree cepat2..

HeNRieTTa JoSe said...

pengecualian unit adalah yang pling best ketika menyambung pengajian...hehehe...

psss...comelpicta...siap ada novel yang diadaptasi drama ptg ptg kan...

kay_are said...

walaupun dah tak blaja lagi.. tapi aku bace sampai habis entri ni.. memang nampak benefit kat situ so tak perlu amek subjek same dua kali kan.. baru faham cane function pk ni..

Princess Nusy said...

biasanya utk diploma je boleh dapat kat usm.. ^^

nik ros said...

sama mcm adik akak. dia dulu diploma kat uitm gak .so bila mabik degree, ada la subjek dia yg tak perlu ambik lagi masa degree. bagus kan.

ayut said...

dlu time blaja kat UMP,pengecualian ni mmg dpt klu sesiapa yg smbung study dlm kos yg same..rase semua u lbh krg same...

Ain Norainsyah said...

untungla dapat buat pengecualian kredit. ain ni, satu pengecualian kedit pun takde. ada jugak belajar mende sama je.

takpelah belajar lambat sikit, asalkan dapat belajar je pun dah cukup kan. :)

M Fizan said...

wahhh. untung la dapat pk. huhu. cepat dapat ijazah :)

Kira Kekuri said...

ohhh yaa, aku hampir lupa yang aku pun pernah buat pengecualian kredit. eheh
aim~ assalamualaikum, da update blog! hehe

Detective Fiqa said...

betul betul :D hehehe.
btw budak part 1 mcm sy tak dapat hahaha

Anonymous said...

akak..antara msuk ijazah mlalui mtrik or diploma ? mna satu yg pling cpat utk graduate ijazah? if kita msuk diploma, then kita dpt penerapan ke ijazah terus..adakah cpt or sma dgn msuk mtrik then ke ijazah? sy nk diploma, tp sy tknak lewat dpt kerja nnti brbnding bdk matrik..mohon akak balas pliss ,nk sngt thu..

نورعيم said...

@Anonymous dik, masuk deg melalui matrik cpt 1 atau 2 sem dr masuk melalui diploma. tp bergantung kpd kos yg awak amek dik. ade kos yg mkn masa 4 tahun, dan ade yg 3 thn.

progrm yg 3 thn tu lambat 2 sem, yg 4 thn lmbt 1 sem je.

yg penerapan tu jimat 2 sem dr lepasan diploma. akak xpasti la mane dik, tp xde beza rasanya. kwn akak yg dari matrik dan penerapan dip sem 3 tu sama sem skng.

dik, kalau nk tanya lebih pm akak. cari je noraim ismail :)

Anonymous said...

akak,sy nie yg tnya akak td tuu, emm nnti sy follow akak punya twitter n fb. btw Thanks a lot sbb kongsi benda ni. sngat membantu :)

Mr. elol said...

Tapi dengar cerita, start semster ni, tiada lagi pnerapan dari sem 3 diploma. Sebab utama adalah, jadual kemasukan dari dip ke degree dah berbeza. takut, bila masuk penerapan sem 3 untuk ke degree, nanti grade sama dgn orang yang tak amik penerapan, yg itu lecturer bgtahu lah. wallahualam.

نورعيم said...

@Anonymous small matter je. tp sblm tu btau awk yg komen kt blog akak tau. akak xapprove org yg akak xknl :)

Anonymous said...

salam,nak tanya, if subjek yg dari diploma kita dapat gred c, boleh dapat pengecualian kredit tak nanti bila degree?=)

نورعيم said...

@Anonymous inshaAllah boleh je buat PK ni :)

syafiqah said...

salam kak. nak tanya nh

saya dpt dip sc math kt uitm, then deg nnt nak amek pendidikan math. bole x sy dpt pengecualian kredit?

kalau bole akk reply la kt fb sy. klik kt nama saya nh. need respon asap kak. sy dlm dilema nh.

ifa diary box said...

Assalamualaikum kak..
Sy nak tanya...sy dri dploma in banking uitm. N nak smbung CS288. Nak tnya klu kita dah ambik hbu mase diploma uitm nanti degree kne ambik hbu jga x?

ifa diary box said...

As salam kak..
Sy dri diploma uitm BM112. Nak ambik degree CS228. Nak tanya...klu da ambik hbu mase diploma nanti degree perlu ambik hbu lgi x?

Anonymous said...

assalamualaikum...anak saya perempuan dpt smbg belajar kat uitm tapah 2 jun ni...diploma statistic...tp dia ni..sekjp ok..sekjp nak tukar course..tak tau apa yg mnjd kemusykilan kat dia tu...mcmana sy dpt contact noraim supaya noraim boleh bg sedikit pendapat n tips pada dia? tq

نورعيم said...

@Anonymous waalaikumsalam kak :)

Akak ade fb? kalau ade akak boleh add sy kat fb. cari je noraim ismail.

inshaAllah sy tolong yg termampu :)

نورعيم said...

@ifa diary box waalaikumsalam. Maaf ye, akak xtahu mane satu link blog ifa tu.

CS228 tu apa ye?

hbu tu kesatria kan? setahu akak degree xperlu ambil dh koku ni. jgn risau :)

3AnNe said...

syarat lain utk pk ada x? asal lulus subject tu atau subject tu ada limit dia. kena B ke, B- ke minimum utk apply pk?

Anonymous said...

saya diploma sains, degree saya nak math. berapa pengecualian kredit saya dapat ? terima kasih :)

Anonymous said...

saya diploma sains as120, degree saya nak amik math cs229. berapa pengecualian kredit saya dapat?

MakeMoneyOnline said...

Asalamualaikum.
Saya diploma in Banking (BM112) bukan plan tapi memang dah betul betul nak masuk degree Accountancy (AC220). UiTM suruh saya masuk semester 3 dan belajar sampai semester 8 koko tak yah ambik.

Akaun ni ada tiga kemasukan bebeza 1. Lepasan matrik/stpm 2. Lepasan BM111/112 dan macam macam BM la 3. Lepasan AC110.


Lepasan Matrik/STPM kena 8 semester (padam muka sombong sangat leh masuk matrik hahah..)
Lepasan BM kena 6 semester
Lepasan AC110 kena 5 semester
Beza satu semester je dengan AC110
LOL...

Saja berkongsi..

MOHAMAD NIZAM said...

assalamualaikum, mcm mna pulak eh dengan saya,, dulu saya diploma perancang bandar dan wilayah, tapi skrng saya dapat degree pengurusan hartanah blh ke PK ni.. tapi dalam fakulti yg sama

MOHAMAD NIZAM said...

assalamualaikum,,mcm saya dulu diploma perncang bandar dan wilayah,skrng dpt degree pengurusan hartanah..tetapi dalam fakulti yg sama..blh ke dpat PK ni??

Anonymous said...

assalamualaikum..camne nk buat pengecualian kredit ni..kena bagi apa2 dokumen x mse nk buat pengecualian kredit ni??

Anonymous said...

Assalam. Saya lepasan diploma statistic juga, degree pun statistic. Boleh tak nak minta tolong senarai plan of study

redwan meio-je said...

Assalamualaikum,kak sya pelajar AC110 dri kolej sekutu uitm[IPB]..sya nk tahu lebih detail tentang penerapan diploma ke ijazah skarang saya dh sem 2..hope sgt kak leh tlg..:-)

redwan meio-je said...

Salam..kak sya bdk AC110 dri kolej sekutu uitm(IPB) sem 2 nk tahu lebih detail tentang penerapan diplma ke ijazah..hope sgt kak leh kongsi..apa yg saya buat dan len2

نورعيم said...

@redwan meio-je waalaikumsalam. awak dah hbs diploma nanti boleh je apply utk ijazah. dan kalau tak silap akak AC110 masuk ke semester 4 terus kalau dr diploma.

kacang said...

Klau dari diploma pengurusan pejabat ke ijazah pengurusan sumber manusia

ainpika said...

assalamualaikum..akak sy nk tny
sy lepasan stpm dn ditawarkn dip statistik kmasukn sept neyh..n mmg brcdg nk amek statiktik jgk tok deg nnt..
yg akak dpt PK tuu untuk deg la ye?? katekn klu sy dpt pnerapan ke deg mde dip sem 3 tuu, sy msok ke deg dpt lagi x PK tu?? mksodny sy smbung ke sem bpe yee??
harap sgt akak dpt bg maklumat sblom sy msok u neyh :)

Ain Syafiqah Nordin said...

assalamualaikum akak..sy nk tny skit
klu sy dpt pnerapan mse dip sem 3 tuu, mse deg sy dpt PK brape?? sy smbung sem bpe??
harap akak dpt bantu sblom sy msok tgh bln neyh..hehe :)

Ain Syafiqah Nordin said...
This comment has been removed by the author.
Shaheera ROSLI said...

hi kak. salam

sy pon dri dip statistik dapat deg statistik. tp kan kak. macam mana nak transfer credit?

نورعيم said...

@Shaheera ROSLI bila masuk degree nanti pihak fakulti akan bagi briefing pasal PK ni :)

Nyna Qila said...

kalau macam saya ni diploma ambik statistic lepas tu masuk degree dapat sains komputer pulak. tapi dalam satu fakulti. macam mne tu? masuk dari part 3 ke atau mulakan dari part 1?

نورعيم said...

@Nyna Qila mungkin akan dapat satu dua subjek utk PK. masuk semester berapa akak tak pasti. rasanya semester 2. tapi akak tak sure. kena tanya pihak fakulti la :)

Anonymous said...

Kak kalau modern math D ada ke peluang nak sambung belajar kat ipta? :(

Anonymous said...

Assalammualaikum kak .saya nk tya, biasanya nk isi borg pk ni . Kta tulis subjek yg skrg ni atau kita list kan sbjek yg dh pernah ambil masa diploma. cntohnya saya dlu masa diploma dh pernah ambil bel dri part 1 smpai 5 . Jd bila smbg degree ni ade sbject ecl 400. katanya kalau dh ambil bel dri kolej bersekutu ecl 400 dpt PK . jadi boleh lompat ke ecl500 .jd confuse skit sama ada nk trus tulis ecl400 atau list kan bel dri part 1 hingga 5 . Tq

Syazwani Zulkhairi said...

Apa syarat2 untuk diploma statistik bagi lepasan spm? Thank you in advance :)

نورعيم said...

@Anonymous peluang tetap ada :) elakkan pilih bidang yg memerlukan maths. lepas ni for sure IPT akan adekan road show seperti UiTM 'jom masuk U'. pegi road show tu dan boleh tahu kelayakan awak dalam bidang mana :) wallahualam.

نورعيم said...

@Anonymous waalaikumsalam. macam akak dulu pihak fakulti dah senaraikan siap2 list of subjects yang dapat PK ni. akak just isi berpandukan list yg diberikan. tak silap akak, ecl/bel ni memang kena ambil balik bila masuk degree even dah belajar masa diploma. a bit different la. apa2 pun, jgn risau, inshaAllah pihak fakulti/KK akan guide you though the processes :) wallahualam.

نورعيم said...

@Syazwani Zulkhairi for sure maths and add maths kena lulus minimum C. tapi ni zaman akak dulu laa. Sekarang katanya makin ketat syarat.

Anonymous said...

akk :)) klau degree in accountancy , berapa tahun klau diploma uitm and ada PK tuuu .

Anonymous said...

Akak .ada tak Pk utk pelajar dip dari u lain sambung dgree kt uitm. . Sebab u kami pun ada menawarkan subjek univrsti

نورعيم said...

@Anonymous uni lain akak tak pasti. tapi kalau kolej bersekutu uitm inshaAllah boleh Pk. contoh kolej kptm.

AinArissa said...

kptm boleh transfer kredit ke? kalau ambik course banking then nak sambung degree ambik finance boleh tak pk ni?

نورعيم said...

@AinArissa KPTM? Boleh2 cuma saya takahu banyak mane subjek boleh PK. sy rasa boleh sebab dalam fakulti yang sama, cuma tak banyak sangat.

Anonymous said...

Assalamualaikum, akak nak minta pendapat sikit boleh?

saya dpt diploma ukur bahan uitm, parents suruh pegi tpi berat hati sngt sbb nk ceburi bidang brkaitan math.
nnti ijazah boleh ke nk smbng dlm bidang math sprti statistik/sains komputer/sains aktuari? atau lebih baik saya smbng form 6 aliran sains je?

Anonymous said...

assalamualaikum kak,nak tnya brpe subjek yg prlu blajar kat dip statistik ni?

Anonymous said...

assalamualaikum kak,nk tnya brpe subjek dlm dip statistik yg prlu dipelajari

نورعيم said...

Waalaikumsalam. InshaAllah boleh tapi akan makan masa sikit. kiranya kalau awak tukar kos masuk degree, awak grad lambat dari kawan2 awk yg sambung degree ukur bahan jgk. Kalau parents dah kata mcm tu, mgkn ada baiknya ikut kata parents. Ada hikmahnya :)

نورعيم said...

Waalaikumsalam. Akak dah tak ingat berapa subjek semuanya. Tapi mmg banyak la. Purata 1 sem subjek kena ambil 4-5 subjek.

نورعيم said...

Waalaikumsalam. Akak dah tak ingat berapa subjek semuanya. Tapi mmg banyak la. Purata 1 sem subjek kena ambil 4-5 subjek.

نورعيم said...

Waalaikumsalam. InshaAllah boleh tapi akan makan masa sikit. kiranya kalau awak tukar kos masuk degree, awak grad lambat dari kawan2 awk yg sambung degree ukur bahan jgk. Kalau parents dah kata mcm tu, mgkn ada baiknya ikut kata parents. Ada hikmahnya :)

Aina Syafiqah said...

Assalamualaikum kak, sy ada inbox akak dekat facebook tadi. Takboleh nak add pon. Mohon baca inbox dan wasap sy yer? Sy dah tinggalkan number dlm inbox tu. Facebook saya Aina Syafiqah (Dr Nurainaa). Banyak nak tanya ni, huhu

Anonymous said...

Salam, nak tanya kalau masa diploma uitm dah buat praktikal nanti masa ijazah uitm kursus sama(start sem 3) kena buat praktikal sekali lagi ka ? Tq.

Anonymous said...

Salam kak. Saya x dpt penerapan uitm intake mac yg baru ni n saya buat rayuan. Kalo saya dpt rayuan, bole ke saya buat pengecualian kredit jgk? Harap bole balas nak sangat tau...

Anonymous said...

assalamualaikum.. nak tanya, kalau lepasan diploma uitm & masuk degree uitm jugak melalui upu, kira boleh dpat pengecualian kredit jugak x?? confiuss $-}

Samihah Saiful Bahri said...

Assalamualaikum saya nak tanya kalau saya dari diploma uitm nk sambung degree ke universiti lain melalui upu boleh buat pengecualian kredit ke?

Samihah Saiful Bahri said...

Assalamualaikum saya nak tanya kalau saya dari diploma uitm nk sambung degree ke universiti lain melalui upu boleh buat pengecualian kredit ke?

atiqah mashar said...

salam nak tanya sikit.
kalau saya dari diploma sains (fakulti sains gunaan) nak ke degree sains aktuari (fakulti sains n math) ada dapat pk tak?